fb twitter insta insta
A A A

KPE

YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed
Ketua Pegawai Eksekutif

YBHG. DATO’ DR. ZULKAPLI BIN MOHAMED telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp pada 12 Oktober 2015. Sebelum menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, beliau merupakan Timbalan Pengarah (Sektoral)  bagi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri mulai Disember 2014 sehingga Oktober 2015.

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia dan Diploma Pentadbiran Awam dari INTAN pada tahun 1992. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 1992 dan seterusnya berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Unit Koordinasi, Jabatan Perdana Menteri. Beliau menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Ekonomi) di International University of Japan pada tahun 1999, manakala, peringkat PhD (Ekonomi) di Universiti Meiji, Jepun pada tahun 2010. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha, Bahagian Korporat, Kementerian Kewangan Malaysia. 

Di samping itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Kuala Kangsar, Perak pada Oktober 2011 sehingga April 2014. Selain itu, beliau juga merupakan ahli bagi Persatuan Ekonomi Malaysia.

 

 

 

 .