Menu Utama Soalan Lazim

Soalan Lazim

S : Apakah maksud 1SPRec Centre?

J : 1 Schedule for Public Cleansing and Collection and Recycle Centre Location


S : Apakah itu 1SPRec Centre?

J : 1SPRec Centre merupakan satu Laman Portal Khas yang memaparkan Jadual kutipan dan pembersihan awam konsesi di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu & Kelantan) di seluruh Malaysia.


S : Apakah maklumat yang terdapat dalam 1SPRec Centre?

J : Maklumat yang terdapat di dalam 1SPRec Centre adalah seperti berikut :
   i. Jadual kutipan dan pembersihan awam bagi konsesi Alam Flora, E-Idaman dan juga Southern Waste Management


S : Bagaimanakah maklumat di dalam 1SPRec Centre diperolehi?

J : Maklumat boleh diperolehi dengan memilih sama ada Jadual Kutipandi Menu Utama. Kemudian,carian dilakukan berdasarkan Negeri yang dipilih.


S : Bolehkah maklumat yang berada di dalam 1SPRec Centre dipercayai atau sahih?

J : Ya. Kerana maklumat tersebut disediakan oleh Pihak Konsesi sendiri dan disahkan oleh PPSPPA.


S : Adakah maklumat di dalam 1SPRec Centre adalah terkini?

J : Ya. Kerana maklumat tersebut diselenggara pada setiap bulan.


S : Bolehkah maklumat tersebut dicetak?

J : Ya. Ia boleh dicetak.


S : Sekiranya jadual tersebut tidak dipatuhi, bolehkah aduan dilakukan?

J : Ya. Aduan boleh dilakukan melalui saluran berikut:

   i. Tol Free : 1 800 88 7472 (SISA)
   ii. Portal AduanSisa : www.aduansisa.my
   iii. Tel : 03 2245 9292


S : Apakah saluran yang boleh digunakan untuk membuat aduan, komen, teguran, cadangan dan pertanyaan kepada PPSPPA?

J : Saluran aduan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
   i. Tol Free : 1 800 88 7472
   ii. Emel : ppsppa@sisa.my
   iii. Tel : 03 2245 9292
   iv. Portal : www.aduansisa.my
   v. Facebook : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam